Assalamualaikum w.b.t. dan Selamat Pagi Semua,
Bahan peringatan untuk semua sahabat yang saya hormati dan kasihi. Sekadar untuk dikongsi bersama…
Umpamanya:
- Dari bujang – kahwin No.1 – No.2 – dll.
- Dari pakai motor kap – kancil – wira – Honda – seterusnye…
- Badminton – Bowling – Golf…
- Rumah sewa – Rumah murah – Rumah teres – Banglow…
- Technician – Supervisor – Engineer – Manager…
- Tv 14′ – 21′ – 29′ – Home theather…
- Tok Jembal – Sekayu – Langkawi – Hadyai – Bangkok..
- Dalam semua segi kita mahukan perubahan kearah yang lebih baik dan glamour…
- Memancing kat parit /longkang – Sungai – Kolam (bayar punye) – Laut dalam (sewa bot mewah)…
Tetapi, Kita jangan lupa…
Semakin banyak kita kecapi kejayaan, Semakin hampir kita dengan kematian…
KITA…Ditakuti semakin berjaya, Kita semakin lupa…
Semua yang kita dapat adalah pemberian Tuhan “ON LOAN“. Tuhan berikan kita jalan…
Setiap kali kita buat “ACTION PLAN” atau buat “REVISION“, berapa banyakkah kita item2 yang membawa kearah “PERSEDIAN UNTUK MATI”?
Umpamanya:
- Dari tidak sembahyang – Pastikan sembahyang – Dadikan amalan…
- Dari banyak maksiat – Kurangkan – Hapuskan…
- Bangi – Madinah – Mekah…
- Dari sedekah RM1.00 – RM10.00 – >RM100.00
- Dari sembahyang dirumah (sorang2) – Sembahyang di surau/masjid berjemaah…
- Dari 5 jam sehari menonton TV – 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU…
- Dari 3 jam baca suratkabar/majalah/internet – 2 jam majalah/surat khabar/internet & 1 jam membaca AL-QURAN /selawat atau zikir.
- Apa-apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.
Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL. Improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan AKHIRAT slowly di ketepikan.
Contohnya:
- Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur…
- Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE… bila tuhan beri kenaikan pangkat & gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa…
- Macam-macam lagi yang kita pun sedia maklum dan tahu… malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita, jiran, rakan-rakan dll. Jadi sama-samalah kita membuat “BALANCE ACTION PLAN“, “BALANCE OBJECTIVE & TARGET” dan “BALANCE IMPROVEMENT“.
- Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun… Tuhan juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan dengan sebaik mungkin. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih kurang 40~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya…
Infiniti…
Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya di dunia dan akhirat.
- Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
- Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
- Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
- Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut kehendak mereka.
- Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
- Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
- Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.
Telah bersabda Rasullullah SAW:
“Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
Pertama, Orang-orang yang mati syahid. Kedua, Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan. Ketiga, Orang berpuasa di hari Arafah.”
Sekian dari saya untuk ingatan kita bersama.
-Abu Aswad








very nice tazkirah
well done
Syukran ya Ukhtii…
mnsuk kalbu la tazkirah ni..hrp sape yg mmbaca nye dpt beri keinsafan pd diri.. sme2 lah kte muhasabah diri kte..
Thanks 4 view…hehe
salah 1 cara yg bagus utk memotivasikan org…tahniah…
terima kasih