Tips Mengeratkan Persahabatan
admin | March 2, 2010 | 4:18 pm

Assalamu’alaikum w.b.t. kepada sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian,

Pertamanya, sama-samalah kita bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dapat lagi hingga ke saat ini kita masih bernafas seperti biasa bersama-sama selera makan santapan jasmani yang tidak putus-putus. Inilah yang dinamakan rezeki dan rahmat dari Maha Pencipta kepada makhluk-Nya. Baiklah, untuk kali ini penulis berbesar hati ingin berkongsi sedikit ilmu dan maklumat bersama sahabat-sahabat di luar sana bagi santapan rohani dan jasmani kita yang bukan hanya sekadar hidup di dunia ini, bahkan juga yang akan dipersoalkan di akhirat kelak diatas apa yang kita kerjakan. Mungkin sahabat-sahabat sekalian pelik, kenapalah kali ni Abu Aswad asyik sebut pasal perkataan “Sahabat”. Erm… Ini bermakna bahawa dengan adanya sahabat, ia akan melahirkan satu hubungan persahabatan. Maka ia mestilah memerlukan beberapa tips yang mungkin kita boleh manfaatkan agar kita memperolehi sahabat untuk kita di dunia dan di akhirat.

Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: “Seseorang itu adalah di atas agama sahabatnya, maka hendaklah kamu lihat (kenal pasti) dengan siapakah kamu bersahabat”. Hadith Hasan riwayat Imam Tarmizi

Bersambung…

HARI TERBUKA KUIS 2010
admin | March 2, 2010 | 3:04 am

Assalamu’alaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,

Buat rakan-rakan sekalian, jemput datang beramai-ramai ke Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) ke Hari Terbuka KUIS 2010.  Butiran seperti berikut:

Tarikh: 26hb Mac 2010-28hb Mac 2010

Masa: Dari 8.00 pagi hingga 5.00 ptg

Bertempat: Pusat Konvensyen KUIS (PKK), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Bandar Seri Putra, 43600 Bangi, Selangor.

Warkah Datuk Seri Najib Razak Pasal Bisnes Internet
admin | March 2, 2010 | 2:41 am

Ahad : 28 Februari 2010

berita

Baca penuh di sini: Berita Harian Online

Firaq: Jabariah
admin | March 1, 2010 | 2:31 pm

Assalamu’alaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,

Apa kahabar semua? Selamat Petang. Semoga hidup kita semua sentiasa dibawah payungan rahmat Allah SWT. Sebenarnya penulis baru sahaja balik dari kelas untuk pagi tadi. Memandangkan petang hari ini tiada kelas, jadi penulis cuba meluangkan sedikit masa dan berkongsi dengan sedara/i mengenai salah satu kumpulan yang wujud dalam kumpulan-kumpulan Islam. Ia yang penulis maksudkan ialah kumpulan Jabariah. Apa itu Jabariah? Bilakah munculnya kumpulan tersebut? Insyallah penulis akan berkongsi sedikit ilmu dengan pembaca sekalian. Jika ada salah dan silap harap diperbetulkan. Insyallah…

JABARIAH

Objektif

  • Mengenali fahaman yang mendakwa manusia tidak mempunyai kuasa bagi berubah dan berserah kepada takdir.
  • Mengenali tokoh pengasas fahaman ini iaitu Jaad bin Darham dan Jaham bin Safuan.
  • Mengenali pecahan yang berlaku di dalamnya.

Definisi

  • Jabar (terpaksa).
  • Terpaksa melakukan perbuatan yang terhasil daripada perbuatannya.
  • Sedangkan perbuatan itu datang daripada Allah.
  • Hamba itu tidak berkuasa, tidak berkehendak dan tidak ada ikhtiar baginya.
  • Yang sebenarnya melakukan perbuatan hamba itu ialah Allah.

Doktrin Umum

  • Jabariah (nama golongan).
  • Mereka melampau dengan menafikan adanya kemampuan bagi seseorang hamba dan menafikan ikhtiar.
  • Mereka berkata manusia itu sama seperti jamadat (benda yang kaku) seperti batu, kayu dan seumpamanya.
  • Pada zahirnya sahaja kelihatan berbeza, tetapi pada hakikatnya sama sahaja.

Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Allah menciptaan kamu dan apa yang kamu perbuat”. (Surah Ash-Shaffat: 96)

Kesimpulan

  • Perbuatan manusia itu dicipta oleh Allah SWT seperti juga jasad mereka.
  • Sekiranya setengah daripada sifat manusia itu dicipta oleh Allah SWT dan sebahagian daripadanya diciptakan oleh manusia sendiri, maka berlakulah syirik dalam perkara al’al (perbuatan).
  • Perkara ini bercanggah dengan kehendak Allah dan ikhtiarnya.

Sejarah Kemunculan

  • Muncul di Kufah, kerajaan Umaiyyah.
  • Benih fahaman – orang Yahudi.
  • Diajarkan kepada orang-orang Islam. Orang yang pertama, Jaad bin Darham.
  • Jaad berjaya mendapat seorang murid yang menyebarkan fahamannya yang bernama Jaham bin Safuan.
  • Seterusnya golongan Jabariah memasukkan beberapa penyelewengan yang lain ke dalam ajaran mereka.

Pendapat Ulama’

Abdullah bin Abbas:

“Adakah kamu menyeru orang supaya bertakwa kepada Allah, sedangkan kamu menyesatkan orang-orang yang bertakwa. Adakah kamu melarang orang daripada kerosakkan. Wahai keturunan munafik, penolong orang-orang yang zalim dan penguasa masjid-masjid kepunyaan orang-orang fasik. Sebenarnya daripadanya kamu lahir pembohong kepada Allah dengan meletakkan dosa yang dilakukan hamba kepada Allah secara berterang-terangan”.

Hasan al-Basri berkata kepada golongan Jabariah yang berada di Basrah:

“Sesiapa yang tidak beriman kepada Allah, qadak dan qadarnya maka sesungguhnya dia menjadi kafir. Sesiapa yang meletakkan dosanya kepada Allah dia juga menjadi kafir”.

Apabila golongan Jabariah bertapak di Nahawinah dan berleluasa di sana, Imam Abu Mansur al-Maturidi yang lahir pada yang keempat Hijrah berjaya mematahkan hujah Jabariah.

Pembahagian Mazhab dan Doktrin:

Al-JAHMIAH

  • Pengikut Jaham bin Safuan (Tarmiz).
  • Meletakkan dosa kepada Allah SWT. Antara doktrin:
  • Menyatakan syurga dan neraka binasa kerana tiada sesuatu pun yang kekal abadi.
  • Gerak-geri ahli syurga dan neraka itu akan berhenti kerana tiada tiap-tiap yang bergerak itu akan berhenti.
  • Iman itu ialah makrifah. Kufur itu ialah jahil mengenali Allah dan hakikat-hakikat Islam. Sekiranya demikian, orang Yahudi yang mengetahui sifat-sifat Nabi Muhammad SAW boleh dianggap beriman.
  • Kalam Allah itu baru bukannya qadim (sependapat dengan Muktazilah).
  • Tidak harus berserah segala sifat kepada Allah, harus berserah segala sifatnya kepada hamba.
  • Menafikan melihat Allah pada hari kiamat. Menafikan Allah itu berkeadaan yang hidup dan yang mengetahui. Sebaliknya, Allah itu berkuasa mengadakan.

AL-TABARIAH

  • Pengikut al-Husin bin Muhammad al-Najam. Antara doktrinnya:
  • Bersama dengan golongan Muktazilah yang menafikan sifat ilmu, berkuasa, berkehendak, hidup, mendengar dan melihat.
  • Menafikan melihat Allah pada hari kiamat.
  • Kalam Allah itu apabila dibaca menjadi hak dan apabila ditulis menjadi jisim.
  • Iman itu ialah membenarkan. Siapa yang mengerjakan dosa besar akan mati dalam keadaan tidak bertaubat. Dia dibalas kerana dosa itu dan wajib dikeluarkan daripada neraka.

AL-DIRARIAH

  • Pengikut Dirar bin Amru, antara ajarannya ialah:
  • Yang diterima selepas wafatnya Nabi Muhammad adalah ijmak sahaja. Segalanya diambil daripada Nabi Muhammad secara ahad (tunggal) tidak diterima.
  • Adanya pancaindera tambahan daripada yang ada bagi melihat Allah pada hari kiamat.

* Sumber: Fahaman & Ideologi Umat Islam. Abdul Hadi Awang

Setakat ini dahulu perjumpaan kita pada kali ini. Semoga kita berjumpa lagi. Ilalliqo Ma’al Salamah…

Abu Aswad
Kampus KUSZA

SEMINAR KONVENSYEN KEWANGAN DAN PERBANKAN ISLAM 2010
admin | March 1, 2010 | 1:31 pm

TARIKH
13 MAC 2010 / 27 Rabiul Awwal 1431H    (Sabtu)

TEMPAT
Masjid Sultan salahuddin Abdul Aziz Shah,    Masjid Negeri Selangor

OBJEKTIF

a.    Memberikan pendedahan kepada masyarakat berkaitan isu- isu perbankan dan kewangan yang mempunyai hubungkait dengan muamalat Islam.
b. Menyuntik kefahaman yang mapan serta penyelesaian syariah terhadap isu- isu semasa perbankan dan kewangan Islam.
c. Menyemarakkan budaya keilmuan dalam kehidupan masyarakat khususnya dikalangan umat Islam.
kepada masyarakat bukan Islam.
d. Memberikan pendedahan berkaitan konsep dan operasi pelaksanaan sistem kewangan dan perbankan Islam

PERBENTANGAN KERTAS KERJA ADALAH SEPERTI BERIKUT ;

Kertas 1: Senario Sistem Kewangan dan Perbankan Islam: Isu- Isu dan Cabaran Semasa

Kertas 2: Sistem Kewangan Islam; Satu Kajian Persepsi Dikalangan Masyarakat Bukan Islam di Malaysia

Kertas 3: Isu-isu Perundangan Dalam Kewangan Islam : Cabaran dan Harapan Kepada Institusi Kehakiman Syariah

Kertas 4: Faedah Perbankan Konvensional dan Keuntungan dalam Perbankan Islam: Sorotan Fiqh Perbandingan

Kertas 5: Insurans dan Takaful; Suatu Perbandingan dan Perbahasan Hukum

Kertas 6: Produk Kad Kredit Islam dan Aplikasinya di Perbankan Islam

Kertas 7: Forex Trading dan Leverage: Konsep, Aplikasi dan Penilaian Melalui Kerangka Hukum

Kertas 8: Perniagaan MLM Dalam Perspektif Fiqh Islami

Kertas 9: Saham dan Ekuiti Dalam Sistem Kewangan Islam

* UNTUK MAKLUMAT  LANJUT DAN PENDAFTARAN SILA KLIK SINI

http://tinyurl.com/KonvKewgnIslam2010

P.S.  : Untuk penyertaan seminar, sila buat pendaftaran sebelum atau pada 10 Mac 2010.

3 Perkara ASAS Sebelum Memulakan Blog
admin | February 26, 2010 | 11:48 am

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Bertemu lagi kita untuk kali ke-2 pada hari ini. Sebenarnya penulis baru saja balik dari Stesen Bas menghantar kawan pulang ke kampung. Almaklumlah kan, cuti-cuti nie… Banyak juga assignment yang perlu penulis siapkan dalam minggu nie juga. Pada kali ini, dalam kolum panduan, ingin penulis berkongsi sedikit perkara-perkara yang sebenarnya penting untuk kita yang junior ni tahu serba sedikit perkara yang sering kita terlepas pandang ini sebenarnya penting untuk kita tahu. Secara jujurnya penulis katakan yang penulis tidak ada ilmu asas tentang benda-benda buat website, internet, blog, kod-kod html, css, php dan yang sewaktu dengannya semasa mula-mula berkecimpung dalam dunia blog dulu-dulu. Kira macam berani mati lah.. hehe Maklumlah, penulis ni bukan basic IT atau computer course.

Tetapi minat yang tinggi menjadi pendorong penulis untuk berkarya (menulis) dan membuatkan/menjadikan blog penulis menjadi blog yang lebih menarik. Penulis lebih suka praktikal disamping teori. Ini kerana, ketika mula-mula buat hosting berbayar, penulis tidak tahu satu benda pun. Hanya log in dan log out saja. Tapi berkat azam kesungguhan, penulis cuba explore sendiri dan tanya pada yang berilmu.

Walaupun penulis agak sibuk, tak sempat, tak pandai, notebook dan broadband tak ada, tetapi sebab keazaman penulis yang tinggi menyebabkan penulis ingin belajar dan memajukan diri supaya mahir dan terror berblog. Bila ada keazaman yang tinggi, maka semuanya menjadi mudah. Bak kata pepatah dalam Filem Adnan Sempit, “Dimana Ada Kemahuan, Disitu Ada Highway”… hehe

Oleh itu sebagai permulaan, Penulis ingin tekankan yang anda semua perlu ada 3 elemen berikut untuk meluncur laju buat permulaan:

1. Minat + Sedikit masa + Dedikasi = Kejayaan

2. Sedikit ilmu html, ftp, etc

3. Teknik + strategi yang betul

Ok, buat masa ini, penulis biarkan anda semua faham dan menyelami konsep 3 elemen asas di atas. Biar anda semua fikir dan seterusnya mengatur langkah bagaimana hendak membina blog-blog yang mampu menjana wang lumayan untuk anda. Insyallah pada masa akan datang penulis akan menghuraikan satu per satu mengenai elemen-elemen di atas.

Mungkin rakan-rakan sekalian ingin tahu bagaimanakah cara hendak bermulakan? Jadi disini penulis menyarankan bagi langkah awal memulakan aktiviti berblog ini:

1. Pilih niche untuk blog anda
2. Gunakan blog berplatformkan wordpress
3. Beli nama domain 4. Beli hosting. Klik Sini…!

Setakat itu saja untuk pagi Jumaat yang ceria penuh Barakah ini. Sehingga bertemu lagi… Daa-

Abu Aswad
Kampus KUSZA
Petua Orang Tua2 Ver:1
admin | February 26, 2010 | 11:18 am

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1431H

Hari ini penulis nak berkongsi beberapa petua/tips orang tua kita (org dulu2lah..) Petua2 ini masih lagi berkesan di zaman serba canggih ni, kalau tak percaya, cubalah! Teringat penulis semasa beberapa rakan membuat pembentangan mengenai “Hikmah Kejadian Alam” dalam subjek Tafsir. Begitu banyak sekali tumbuh-tumbuhan yang Tuhan jadikan bagi kegunaan umat manusia. Jadi antaranya adalah:

1)Kalau nafas anda berbau, ambil secubit garam, kulit kayu manis & tiga kuntum bunga cengkih,tumbuk bahan2 ni halus2. Lepas tu gosok gigi anda dng bahan2 yg  ditumbuk tadi. Amalkan seminggu sekali, insyallah nafas anda segar mewangi & gigi putih berseri!

2)Cara mengurangkan batuk selsema – sapukan sedikit kapur sireh yg dicampurkan dgn  minyak kelapa di leher & hidung semasa selsema. Insyallah dapat melegakan batuk selsema terutamanya utk anak2 kecil.

3)Nak licinkan kulit muka? Ambil beberapa helai daun jambu muda, gosokkan di keseluruhan muka dlm beberapa minit. Bilas dng air bersih. Amalkan seminggu  sekali.Insyallah, kulit muka anda licin & tidak bermasalah.

4)Mata cantik bersinar – Ketika mandi,jangan pejamkan mata anda. Biarkan air melalui mata, memanglah pedih pada mulanya, lama2 jadi kebiasaan sekiranya dilakukan setiap hari (Alah bisa tegal biasa!) Insyallah, mata anda akan kelihatan cantik berseri!

5)Menghilangkan getah nangka – setiap kali anda memotong nangka muda @ pisang muda, tapak tangan & celah2 kuku anda akan terlekat kesan2 kehitaman. Nak hilangkannya senang je…basahkan asam keping & gosoklah pada bahagian kehitaman itu. Lepas tu bilas dgn air bersih. Insyallah, tangan anda bersih & lembut. Boleh juga gunakan asam gelugor – ramas2kan tangan anda & bilas dgn air bersih. Hasilnya.. menakjubkan!

Jadi setakat sini sajalah petua kita untuk kali ini. Walaupun zaman dah berubah, dunia dah maju tapi kita harus ingat, jangan lupa pesan orang tua2 kita dahulu. Kadang-kadang ada juga saintifiknya selain ia menjimatkan…hehe

Pesanan Buat Lelaki
admin | February 12, 2010 | 1:02 am

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera

Maaf dipohon dari penulis sekiranya sudah lama rasanya tidak meng“Updated”kan blog ini. Almaklumlah, asyik sibuk memanjang… Student la katakan… hehe Disamping itu penulis sekarang sibuk dengan mempromosikan produk affiliate terbaru yang baru-baru ini telah dilancarkan. Klik sini! Produknya ialah sebuah Al-Quran Tafsir Per Kata (Asbabun Nuzul dan Terjemahan).

Ops… Mungkin ada rakan-rakan dan pelawat tertanya-tanya, apa kehel si Abu Aswad nie, tidak pernah-pernah nak berjiwang nie… Jiwang Ke? Huhu… Bukan apa, pagi tadi penulis tetiba plak telah termimpikan kekasih lama… Tak sampai beberapa saat, penulis pun tersedar dari tidur, kedengaran azan Subuh berkumandang. Terfikir sejenak disebalik mimpi tersebut. Tapi segalanya hanya berserah pada Tuhan. Kita sebagai makhluk haruslah sentiasa bersangka baik terhadap sang Pencipta (Allah SWT). Jadi disini penulis ingin berkongsi sedikitlah bersama lelaki (sedang hangat bercinta) yang berada diluar sana antara pesanan beliau suatu ketika dulu kepada penulis. Mungkin wanita juga boleh ambil sedikit pengetahuan disini. Hehe… Sebenarnya penulis mengelarnya “Teacher”. Nak tau sebab apa? Sebab beliau nie banyak mengajar penulis dalam banyak hal semasa belajar dulu. Thanks “Teacher”… Kenangan Terindah… Ayuh Jom kita baca…

Katanya antara perkara yang WANITA tidak sempat memberitahu LELAKI:

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat.

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Melalui muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!.

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.

27. Senjata wanita adalah airmata!.

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.

From “Teacher”: 01/29/2008 12:50 pm

P/S: Semoga hidupMu sentiasa dirahmati oleh-Nya. Terima Kasih diatas segalanya.

Abu Aswad

Kampus KUSZA

Saksikan Lah…!
admin | February 2, 2010 | 10:45 pm
…Terlalu banyak bintang-bintang menjalang sewenangnya di langit ketika ini. Kemana sang bulan menyepi diri. Jangan biarkan mereka bergentayangan sesama sendiri. Andai anda semua perhatikan Marikh sekarang ini, ia masih di sebelah timur. Jangan lupa, jengoklah juga bintang Regulus yang tak kurang cerahnya di sebelah kanan bawah. Juga raikan sang kembar Pollux dan Castor di atas kiri bulan. Orion masih utuh di atas kepala. Tataplah juga bintang Betelguese yang sedikit kemerahan di dada langit, ia sedang turun ke barat….
PERTAMA DI DUNIA: QURAN TERJEMAH PER KATA
admin | January 27, 2010 | 3:24 pm

“Betapa nikmat membaca al-Qur’an kalau faham kata

per kata dari setiap ayat seperti orang Arab …”

Sebuah Tafsir al-Quran yang memaparkan bukan sekadar terjemahan, tetapi mempersembahkan tafsiran bagi setiap patah perkataan al-Quran. Ini kerana Tafsir tidak sama dengan Terjemahan. Terjemahan hanya memindahkan bahasa sesuatu perkataan. Berlainan dengan Tafsir yang menjelaskan kekaburan bagi sesuatu makna perkataan. Di sinilah letaknya kelebihan Tafsir Al-Qur’an Per kata ini berbanding terjemahan-terjemahan al-Quran yang lain. Tafsiran ditulis terus dibawah setiap lafaz arabnya. Terjemahan penuh disertakan di bahagian tepinya. Dilengkapi juga dengan asbab nuzul (sebab turun ayat) dan nota kaki bagi memperjelaskan lagi maksud sesuatu tafsiran.

Dapatkan Sekarang Juga…